Monday 14 April 2014

THANKS AND SORRY!


Hari ni Suha nak cakap pasal cerpen yang dipost untuk mengikuti sebuah pertandingan menulis anjuran Rafina Mimi Abdullah. Wah... tak sangka. Dalam karya Suha buat julung kalinya menduduki tempat ketiga. Jauh benar daripada expectation. Ingat nak buat sesaje.

Suha nak ucapkan ribuan malahan jutaan terima kasih kepada Kak Rafina Mimi kerana memilih karya saya sebagai salah seorang pemenang. Pada pemenang yang lain, tahniah jugak saya ucapkan. Sekarang stop kejap pasal ni.

Nak sambung kisah post cerita dalam ni. First, Suha nak minta maaf sangat-sangat kerana lambat sangat nak update story dalam ni. Al-kisahnya, barang nak post memang ada. Masalahnya, belum lagi sempat nak post komputer dah merajuk taknak on. Sedihnya... Semua fail penting dan cerpen dan mini novel Suha terkandas. Bila hantar repair terpaksalah diformat. Habis disapu bersih macam kena sedut vacuum. Huhu.

Jadi, buat masa sekarang saya cuba recall dan membina cerpen yang baru. Ambil masa jugak lah. Bila? Saya tak dapat pastikan. Yang penting, saya akan cuba sehabis baik untuk 'membina ayat' kembali buat tatapan semua.

Dah, taknak emotional pulak.
Have a nice day, you all.


Sunday 2 March 2014

Pertandingan Menulis Cerpen Pendek Anjuran Rafina Mimi Abdullah

KEMBALIKAN BAHAGIAKU

            “Sampai hati akak buat Leen macam ni? Apa salah Leen sampai akak sanggup rampas lelaki yang Leen cintai?” Meraung aku apabila mengetahui tunanganku kini sah bergelar suami kakak kandungku, Zira.
            “Maafkan akak, Leen. Akak tak pernah cuba rampas abang Yazid daripada Leen. Sebenarnya, Yazid adalah kekasih akak waktu sekolah menengah dulu. Lepas SPM, kami buat keputusan untuk berpisah dan tak berjumpa lagi hinggalah Leen kenalkan dia pada kita sekeluarga. Salah akak sebab biarkan cinta itu kembali subur dalam hati ini,” jelas Kak Zira.
            “Betul tu, Leen. Akak Leen adalah cinta pertama abang Zid. Lepas break up, abang putuskan untuk mencari pengganti. Kebetulan, Leen muncul membawa sinar bahagia yang pernah abang rasai bersama Zira.”
            “Kalau Leen boleh kembalikan rasa cinta abang sepertimana abang cintakan Kak Zira, kenapa dia juga abang pilih? Siapa Leen dimata abang?” tempikku. Dinding kesabaran dalam diriku mulai menipis.
            “Leen tunangan abang. Perempuan yang menyinari hari-hari abang. Zira kekasih pertama yang amat abang cintai. Mungkin Zira hanya cinta masa lalu, tapi kesannya sampai hari ni.”
            “Sudahlah,bang.” Kak Zira mengusap tangan kekar milik suaminya. Meluat aku melihat adegan mereka. Dasar manusia yang suka mengambil kesempatan atas derita orang lain!
            “Jika ditakdirkan Leen dan kak Zira berada dalam bahaya, siapa yang akan abang Zid selamatkan dulu? Tolong jawab pertanyaan Leen dengan jujur,” tegas ayatku kali ini. Julung kalinya aku mahu mempertikaikan cintanya padaku.
            “Maafkan abang. Andai perkara itu terjadi, Zira adalah wanita pertama yang akan abang selamatkan. Sejauh mana perasaan abang pada Leen, itu tidak akan dapat menandingi cinta abang pada Zira.” Sebak menyelubungi diri. Hancur hatiku kala ini mengetahui lelaki yang aku cintai berpaling tadah dariku.
“ Tersepit antara dua wanita yang bermakna dalam hidup abang. Namun, cinta abang lebih agung bersama Zira daripada rasa simpati. Abang tak boleh kehilangan orang yang disayangi semata-mata membahagiakan orang yang abang sendiri tak cinta. Abang mohon Leen faham keadaan kami dan terima abang sebagai suami kakak Leen.” Wajahku yang menunduk segera kudonggakkan menatap empunya suara itu. Air mata yang kutahan sejak tadi terhambur akhirnya. Amat murah mutiara suci mataku menodai wajah.

Pelbagai rencah rasa aku alami. Pengakuannya menambahkan bebanan di bahu. Aku mengaku aku amat gembira kak Zira akhirnya mengakhiri zaman bujangnya sesuai dengan hajat ulang tahunnya ke-29 bulan lepas. Tapi, ini bukan caranya! Bukan dengan mengambil tunanganku dan bukan juga melakukan perkara yang paling terkutuk itu!

            “Leen boleh terima semua ni. Kak Zira dan abang Zid boleh saja bagitahu Leen perkara sebenar. Walaupun sakit, Leen reda jika itu dapat membahagiakan orang yang Leen sayang.”
            “Akak…” terhenti kata-katanya bila tanganku sudah kuangkat ke hadapan tanda menyuruhnya berhenti.
            “Stop! Dengar dulu apa yang Leen nak cakap. Leen kesal dengan abang dan akak. Mana ilmu agama yang telah ibu dan ayah ajar? Mana??? Sanggup abang Zid dan kak Zira lakukan perkara terkutuk itu sehingga ditangkap basah oleh penduduk kampung? Tak ada rasa malu pada ayah dan ibu? Apa pandangan orang kampung terhadap keluarga kita? Luntur sudahkah iman di dada sampai larangan Allah kamu orang langgar?” jerkahku pada mereka. Ternaik ton suaraku sehingga ibu mengusap belakangku perlahan-lahan.
            “Leen, tak baik cakap macam tu. Apa-apa pun, mereka tetap abang dan kakak kamu,” nasihat ibu. Terkesan aku dengan kata-katanya. Sedari tadi,  ayah yang duduk di atas kerusi rotan itu tetap membisu dan  memandang ke arah luar jendela. Aku pasti hati tuanya tercalar dek angkara dua orang manusia ini.
            “Maafkan Leen, ibu.” Kuusap jua lengan ibu. Sedikit semangat aku salurkan buat ibu yang jelas-jelas kecewa akan perbuatan anak sulungnya.
            “Aku nak kau jaga kakak aku baik-baik. Jangan tinggalkan dia dalam apa jua keadaan. Last sekali, aku nak kamu dua pergi minta ampun pada ibu dan ayah. Ingat sikit! Kamu dua dah jatuhkan maruah kami.” Perlahan-lahan aku tuju langkahku ke bilik.
“Sebelum aku lupa, tolong pergi dari sini. Aku tak nak tengok muka kamu dua sebelum benda ni reda. Jangan tambahkan lagi luka dalam hati kami.”

Cepat-cepat mereka meminta ampun kepada ibu dan ayah sesuai dengan permintaanku. Seperti dalam jangkaanku, cuma ibu saja menerima kata maaf mereka. Ayah membatukan diri apabila kedua-dua pasang tangan itu ingin mengucup tangan tuanya. Dingin!

***

Sejak hari itu, aku berazam aku ingin membahagiakan keluarga terlebih dahulu sebelum mencari pengganti abang Zid. Orang kampung sememangnya mengerti itu bukanlah salah kami sekeluarga apatah lagi mencerca dengan hinaan menyakitkan hati. Tidak kurang yang memberikan kata semangat pada aku agar melupakan perkara yang lepas. Bagiku, memaafkan mereka amat senang tapi luka yang mereka coretkan pada hati ini tidak mungkin aku lupakan. Pulih mana pun rasa itu, tetap ada parut yang akan aku kenang seumur hidup.

Memulakan hidup sebagai setiausaha Mr. Bulu-Bulu amat menyakitkan hati. Selepas saja peristiwa itu, aku berhijrah ke bandar kerana menunggu bulan jatuh ke riba di kampung alamatnya makan besilah kami sekeluarga. Ayah dan ibu membenarkan aku mencari sesuap nasi di bandar di samping menjalani proses ‘pemulihan hati’.

            “Leen!!!!” terkocoh-kocoh aku membawa organizer masuk ke bilik Mr. Bulu-Bulu.
            “Ya. Ada apa yang boleh saya bantu, Mr. Bulu-Bulu?” tersentak wajah itu bila panggilan itu aku luahkan. Ops!!!
            “Apa awak kata, Leen? Mr. Bulu-Bulu?” terjongket kening lebatnya.
            “Sorry, Encik Daniel. Saya tak sengaja.” Terlepas pulak mulut aku ni.
            “Awak ni memang tak ubah-ubah sejak dulu. Apalah istimewa sangat gelaran tu?” tanyanya.
            “Alah. Awak kan dah tahu. Buat apa nak tanya lagi?” Sejak dari dulu, ‘nama manja’ itu sering aku gunakan padanya.

            “Leen. Kau perasan tak budak baru tu asyik belek muka kau?” ujar Keera.
            “Budak mana?”
            “Daniel, Pak Arab tu.”
            “Jap. Kau tunggu…” tempat duduk aku tolak sedikit agar pergerakan keluar lebih selesa.
            “Eh, Mr. Bulu-Bulu,” sapaku membuka bicara.
            “Nape awak kata kita Mr. Bulu-Bulu? Kita ada nama tau. Nama kita D.A.N.I.E.L.” Oh mak kau! Marah-marah pun sempat lagi ajar aku mengeja.
            “Merajuk pulak dia. Aku tengok bulu kening kau tu lebat sangat. That why aku panggil kau macam tu.” Tempat duduk kosong  di sebelahnya aku kerling sebelum melabuhkan punggung atas kerusi itu.
            “Tak baik tau cakap kita macam tu? Umi kita kata…” aku pangkas kata-katanya segera. Ek eleh. Nak bagi tazkirahlah pulak.
“Dah. Tak mau tazkirah-tazkirah ni. Member aku cakap kau asyik telek muka aku dari tadi?"
            “Takdelah… “ Hampir menangis lelaki ini. Rapuhnya hatinya. Tegur sikit dah ‘mendung’.
            “Dah. Jangan nak nangis kat sini. Tak pasal-pasal aku kena tindakan disiplin nanti. Ni Leen Sameon nak cakap. Nak telek muka aku? No hal tapi ingat sikit kita ni tengah belajar. Lagi-lagi kelas Cikgu Saliza. Maunya dia libas kita dengan rotan, sakit oo…”
            “Maaf. Saya tak sengaja.”
            “Tak perlu minta maaflah. Aku tahu aku ni cantik sangat sampai kau telek aku hingga biji mata kau tu tak berkelip langsung,” bangga sekejap aku akan nikmat Allah berikan padaku. Hasil penyatuan cinta Pak Sameon dan Mak Temah. Siapa lagi kalau bukan aku! Haha.

            “Hah, sampai mana dah termenung tu?” tanya Daniel.
            “Sampai Afrika. Awak nak join ke?” loyar burukku.
            “Tak payah. Lebih baik pergi Bali. Jimat duit belanja.”
            “Tu namanya kedekut. Ok. Apa yang boleh saya bantu Encik Daniel?” kembali aku ke alam nyata. Tak baik mencampuradukkan perkara peribadi dan pekerjaan.
            “Tengahhari ni awak ikut saya lunch sama Cik Aliyah. Malas saya nak layan dia tu. Gedik semacam. Meremang bulu roma saya bila dekat dia tu.”
            “Tak baik bos cakap macam tu. Cik Aliyah tu punyalah hot, bos boleh pulak kata meremang bulu roma. Apa bos fikir dia bela toyol? Nonsense.”
            “Saya bos atau awak? Saya kan. Jadi, sila dengar cakap saya. Baik, cik Leen. Harap keluar segera cause saya ada banyak kerja nak buat. Tutup pintu perlahan-lahan sikit. Tercalar sikit saya potong gaji awak separuh.”
            “Baik, encik bos.”

***

            “Tell me, Daniel!! What have you done? Awak tahu yang kita tak bersalah tapi kenapa awak mengiyakan tuduhan umi?” Walaupun tegas, namun suara tetap kurendahkan bagi mengelakkan ibu dan ayah terdengar pergaduhan kami.
            “Abang minta maaf. Mummy suruh kahwin dengan Aliyah. Abang tak nak.” Meluat aku dengan panggilan ‘abang’ itu. Tak aku hadap langsung!
            “Masalahnya, saya yang jadi mangsa awak.” Pagi tadi, kami berdua selamat diijabkabulkan di rumah ibu dan ayah di kampung. Ayah dan ibu buat don’t know je  bagai tak kisah dengan apa yang berlaku.
            “Abang minta maaf,” tunduk mukanya tanda bersalah. Susah betul! Nak lawan cakap?  Suami tu! Dah berat sangat timbangan pahala sampai gian nak buat dosa besar?
            “Maaf je awak tahu. Dahlah. Benda dah jadi. Awak pun selamat jadi suami saya. Berapa banyak dosa dah masuk dalam akaun sebab tengking-tengking suami? Sorry.”
            “Hah?” bingung raut wajahnya. Hairan ungkapan maaf keluar daripada mulutku.
            “Sorry sebab tambahkan dosa dalam akaun awak. Hehe.”
            “Takpe. Kita mulakan daripada awal?”
            “Hai, saya Leen Sameon,” senyuman aku leretkan. Tangannya yang setia di sisi aku angkat sebagai huluran salam perkenalan.
            “Hai, saya Daniel Jeffry.”

***

Perkahwinan kami berjalan lancar selama beberapa bulan ini. Aku bahagia bersamanya walaupun belum menjadi isteri dalam erti kata sebenar. Sungguh! Daniel, suamiku sekarang bagaikan orang lain. Sisinya yang tegas berubah menjadi manja dan romantik membuatkan aku rasa lebih dihargai.   

Udara segar yang menerobos lewat jendela lembut menampar wajahku. Minggu lepas, aku dikhabarkan ayah jatuh dari tangga. Terkocoh-kocoh aku meminta izin kepada Daniel untuk pulang ke kampung sekaligus memohon cuti beberapa hari. Dia yang dijadualkan bermesyuarat di Langkawi terpaksa dibatalkan demi menemaniku berjumpa ayah dan ibu. Terharu aku dengan layanannya.

Tiba di kampung, pintu rumah bertutup rapat. Risau aku akan keadaan ayah hanya tuhan saja tahu. Akak?  Lepas saja peristiwa itu, mereka berdua tidak pernah lagi mengunjungi kami di kampung. Bahkan, panggilan telefon menanyakan khabar ibu dan ayah juga tidak pernah dilakukannya.

Timbul syak bahawa kecederaan ayah mungkin serius dan perlu dirawat di hospital. Baru saja kami ingin memecut keluar, kedengaran pekikan ibu daripada bendang. Alangkah terkejutnya aku melihat ayah turut sama mengerjakan sawah padi yang terbentang luas. ‘Ibu main-main ke dengan aku,’ syak wasangkaku.

Rupa-rupanya, sewaktu ibu menelefonku, dia mahu memberitahu yang ayah jatuh dua anak tangga semasa leka mencari kunci di dalam poket seluarnya. Takdelah macam kes hero Hindustan terguling-guling dari atas gaung. Belum lagi ibu menghabiskan ayatnya, talian sudah aku putuskan. Pecah tawa mereka mengenangkan kekalutan aku.

            “Leen, buat apa dekat jendela tu? Meh makan,” terjenggul muka ibu daripada dapur.
            “Lama dah Leen tak tengok semua. Kat bandar tu mana ada semua ni. Nak ambil angin pun susah. Pencemaran banyak sangat. Naik rimas Leen dibuatnya.”

Bunyi enjin kereta dimatikan membuatkan aku dan ibu memalingkan muka ke luar rumah. Kak Zira! Berubah air mukaku tika ini. Ibu segera memegang erat tanganku dan manarik aku ke muka pintu.

            “Zira, naiklah. Seorang je? Yazid mana?” sapanya.
            “Ibu… Maafkan Zira, bu.” Baru saja keluar daripada kereta, Kak Zira segera memeluk kaki ibu.
            “Zira, kenapa nak?”
            “Adik. Maafkan akak. Tak sepatutnya akak mengambil hak adik. Mungkin ni karma akak sebab hancurkan hati semua orang.” katanya. Pelukan pada kaki ibu terlerai lantas digantikan dengan kakiku.
            “Cuba cakap baik-baik. Apa dah jadi? Kenapa muka kamu lebam?” Ayah dan abang Daniel baru saja pulang dari surau. Makanan tengah hari masih terhidang di atas meja tanpa dijamah. Sekeras-keras hati ayah, kak Zira tetap anaknya dan semua orang tahu akan kenyataan itu. Air yang dicincang takkan putus.
            “Abang Zid dah ceraikan Zira. Dia kata Zira ni bawa malang. Sejak Zira disahkan menghidapi kanser, perangai abang Zid berubah seratus peratus. Malam-malam tak pernah lekat kat rumah. Balik pun pukul 3 pagi. Kadang-kadang sampai tak balik terus. Kawan-kawan pernah cakap abang Zid selalu bawa perempuan masuk kelab,” tersendu-sendu dia mengungkapkannya.

Ingin saja aku katakan padanya itulah padah mengambil hak orang. Namun, sebagai seorang adik aku haruslah bersikap terbuka. Let bygones be bygones. Ada hikmahnya yang berlaku dulu. Kalau kak Zira tidak bersama abang Zid, mungkin aku akan menjadi mangsa kekejamannya.

            “Apa??? Dasar jantan tak guna! Habis madu sepah dibuang. Muka kau lebam ini angkara jantan tu kan?” tempik ayah. Naik turun nafasnya mendengar luahan hati Kak Zira. Anggukannya menyesakkan lagi nafas kami semua.
            “Itulah kamu Zira. Suka merampas hak orang lain. Tengok! Apa dah jadi pada kamu? Lelaki yang kamu sanjung dan kamu serahkan segala-galanya tinggalkan kamu bila tahu kamu menghidap kanser. Cinta teragung konon!  Keluarga hina ini juga kamu cari. Sanggup terima kamu balik.”
            “Maafkan Zira, ayah. Zira tahu ini salah Zira. Ampunkan, saya ayah.”
            “Sudah. Menyesal pun tak guna. Nasi dah jadi bubur. Mulai sekarang, Zira tinggallah di rumah ini. Ibu dan ayah masih mampu nak sara kamu.”
            “Terima kasih, ayah.”

***

Setahun lagi berlalu dan aku masih seperti dulu. Cuma lainnya aku terima suamiku seadanya. Kak Zira telah sembuh sepenuhnya daripada penyakitnya. Kini, dia bahagia bersama Ustaz Zakri yang dikenalinya semasa mengikuti ceramah agama di surau. Abang Zid pernah berhasrat mengambil kembali akak sebagai isterinya tapi ditolak secara baik. Lagipun, dia bahagia di samping suami tercinta. Hubungan kami sekeluarga juga semakin akrab.

            “Abang!!!  Kenapa tenung pasir tu macam nak makan?”
            “Entahlah, yang. Selera pulak abang tengok pasir ni.”
            “Abang nak tengok, silakan. Leen nak pinjam kereta, boleh?”
            “Ayang nak pergi mana? Kan tengah sarat tu.Mahunya terberanak dalam kereta macam mana?” Lupa! Dalam tempoh setahun ini, hubungan kami makin membaik sehinggalah ada nyawa menumpang hidup dalam perut aku. First time dapat tahu aku tengah mengandungkan zuriatnya, Daniel adalah orang yang paling gembira. Siap suruh aku berhenti kerja lagi. Marah tu memanglah marah. Bila difikirkan balik, semua tu demi kebaikan aku. Jadi, follow jelah.
            “Hah, nak terberanaklah ni. Harap abang yang dok feeling dengan pasir tu, bilalah ayang nak sampai hospital,” ujarku. Sedari tadi, aku terkesan akan kainku yang basah. Rupanya, air ketumban dah pecah.
            “What!!! Kejap yang. Abang sediakan apa yang patut.”
            “Tak payah. Semua dah ayang masukkan dalam kereta. Cepatlah. kalau tak ada juga yang jadi bidan terjun.”
            “Jom.. jom…”

***

            “Alhuakbar…” sayup-sayup suara azan menganggu lenaku. Mata yang memberat aku gagahkan agar terbuka. Kelihatan suamiku mengazankan bayi yang baru saja lahir beberapa jam lepas. Senyuman terukir di wajahnya apabila sepasang mata itu bertaut dengan mataku.
            “Abang…” tangan kuhulurkan agar aku jua turut merasai mengendong putera kecilku.
            “Anak, mama.”
            “Anak papa juga.”
            “Abang dah bagi nama?” tanyaku.
            “Belum. Tunggu ayang bangun. Doktor kata ayang pengsan sebab kepenatan.”
            “Assalamualaikum…” Salam diberikan oleh abah, ayah mertuaku. Kelihatan umi, ibu dan ayah mengikuti langkah abah dari belakang. Kak Zira dan abang Zakri tidak dapat melawatku kerana sibuk menunaikan ibadah umrah.
            “Waalaikumsalam.”
            “Comelnya,cucu nenek ni. Nak bagi nama apa?” Umi mencuit pipi gebu anakku.
            “Arasy… Arasy Daniel. Ok tak, yang?” Daniel memalingkan muka kepadaku seperti meminta persetujuan. Senyumanku sudah cukup menyatakan aku turut menyukai nama itu.

***

            “Leen bahagia dengan Daniel?” Ibu, ayah dan Daniel sedang bersolat di surau hospital. Umi menemani aku terlebih dahulu sebelum tiba gilirannya menunaikan solat.
            “Bahagia. Kalau tak mana datangnya Arasy ni?”
            “Syukurlah. Umi takut Daniel bukanlah idaman Leen. Kamu kahwin pun sebab umi kata kamu berdua cuba buat benda tak baik di belakang kami.”

Pernah suatu hari, Daniel meminta aku membuka kot bajunya. Tiba-tiba, umi datang dan menuduh kami melakukan perkara sumbang. Minggu depannya, dia hantar rombongan meminang dengan alasan menghindarkan kami daripada melakukan perkara tidak baik. Pelik bukan? Tak logik lagi.

            “Umi, Leen tak kisah. Malahan Leen berterima kasih sebab umi Leen jumpa abang Dan.”
            “Lega hati umi. Sebenarnya, waktu umi tangkap kamu berdua-duaan tu rancangan Dan. Dan macam orang gila bayang asyik ingatkan Leen siang malam. Jadi, dia buat keputusan untuk satukan kamu dua walau guna cari tak ‘bermoral’ ni. Umi layan jer.”
            “What!!
            “Leen jangan marah. Parents Leen dah tahu. Sebab tu bila Leen jumpa ayah dan ibu, mereka tak terkejut sangat.”
            “Ibu bapa Leen biarkan je?”
            “Ha`ah. Siap bagi green light lagi. Mereka kata nak tunggu Leen kahwin alamatnya tak merasalah ada cucu dari Leen.”

Daniel memunculkan dari balik pintu. Sudah aku agak riak mukanya menunjukkan bahawa dia mengetahui rahsianya telah pecah.

            “Leen, abang sebenarnya…” tergagap-gagap dia ingin menjelaskan situasi sebenar.
            “Sini…” ujarku sambil menepuk lembut birai katil. Kuat-kuat sangat aku tak mampu. Al-maklumlah, tenaga aku belum pulih sepenuhnya lepas melahirkan Arasy.
            “Hah!” Aku tepuk birai katilku sekali lagi. Kali ini lebih kuat. Tidak semena-mena dia turut melangkah maju ke hadapan.
            “Duduk!” arahku.
            “Umi, Leen ada hal nak bincang. Boleh umi keluar kejap?” pintaku agar umi memberi ruang pada kami berbincang.
            “Leen. Abang…” sebaik saja umi keluar, Daniel memulakan bicara dulu.
            “Thank you, abang.” Kudakap erat tubuhnya.
            “Hah!” Sekali lagi dia sebut perkataan itu. Rasa nak sepak je. Astagfirullahalazim. Mengumpat suami dalam hati. Dosa!
            “Leen dah tau dah. Ibu dan ayah dah bagitahu perkara sebenarnya sebelum terima pinangan dari keluarga abang.” Bulat matanya seakan-akan tidak puas hati denganku.
            “Jadi, kenapa reaksi Leen melebih-lebih tadi?”
            “Saja je nak kenakan abang.” Aku cuit-cuit tubuhnya yang membelakangi aku. Merajuk!
            “Suka tau buat abang susah hati. Abang tak kira. Nak denda Leen jugak.”
            “Denda? Amboi dia buat salah kita pulak yang kena. Baiklah. Apa dendanya, sayang….” Leretan suaraku berjaya mematahkan usahanya untuk merajuk lebih lama.
            “Dendanya, Leen kena lahirkan zuriat abang sebanyak yang mungkin.”
            “Insyaallah. Leen sudi.”
            “Alhamdulillah. Apa lagi? Jomlah.”
            “Buat apa?”
            “Buat anak.”
            “Abang! Leen baru je lahirkan Arasy empat jam lalu. Abang dah nak mengatal kat sini.”
            “Yelah. Abang lupalah…”
            “Abang!!!”

Hidupku yang pernah terlakar nama Yazid perlahan-lahan beralih kepada Daniel. Bahagiaku yang pernah hilang kini kembali menyinari hari-hariku. Kak Zira mungkin pernah hilang pertimbangan suatu ketika dahulu. Tapi, siapalah kita untuk menghukumnya sedangkan Allah lagi Maha Pemaaf. Kenangan yang lalu biarlah menjadi panduan kepada kita agar dapat menempuhi hari-hari mendatang dengan tabah. Amin…
           


Thursday 27 February 2014

Novel : Encik Serius, Pilihanku?





Hari ni Suha nak upload first novel. Entry post ni sikit je. Kalau ada masa, Suha akan edit lagi biar panjang. Ada apa-apa, just comment dekat kotak bawah tu. Buat masa ni enjoy dulu first entry Encik Serius, Pilihanku?


1


“Hello Malaysia!” Terjerit kecil aku apabila kapal terbang mengumumkan pesawat akan mendarat dalam beberapa minit lagi. Excited giler. Lama aku tidak menjejakkan kaki ke bumi kelahiran aku. Dari sini dapat ku lihat kepulan awan biru disinari dengan cahaya matahari menandakan pagi telah menjelang tiba.

“Maaf cik, pesawat telah mendarat. Silakan,” ujar pramugari tadi. Dengan penuh hemah dia tuturkan perkataannya sambil tersenyum melihat keadaan aku yang asyik dengan pemandangan di luar pesawat.

“Ok. Maaf sangat. Leka dengan benda lain sampai tak tahu pun pesawat dah mendarat.”

“Tak apa. Dah memang tugas kami. Silakan cik.”

Turun saja daripada pesawat, mata aku liarkan hingga tertancap pada bangunan-bangunan yang tersengam indah di depan mataku. Megah seketika menjadi warga Malaysia. Tidak dapat disangkal, Malaysia juga tersenarai dalam negara yang sedang membangun.

 Pada masa ini, matlamatku cuma satu iaitu ingin menemui seseorang yang aku kasihi. Siapa? Biarlah rahsia dahulu. Dengan bagasi yang sememangnya berat, aku halakan kakiku menuju ke teksi yang tersedia menunggu penumpangnya.

“Pak Cik, boleh hantar saya ke alamat ni tak?” Lelaki yang segak mengenakan pakaian rasmi pemandu teksi menghulurkan tangan tanda ingin melihat alamat yang aku hulurkan. Tergaru-garu kepalanya melihat alamat itu. Apa kes?

“Kenapa pak cik?”Hairan betul aku dengan perilakunya itu.

“Cik, tempat ni dah tak wujud.” Dalam riak yang serba salah dia katakan kenyataan itu kepadaku? Mana bisa? Ala-ala herion Indonesia. Aku berfikir seketika.

“Cik tak ada alamat lain ke?” Tanyanya lagi. Mungkin dia nampak keresahan yang terpanar daripada sinar mukaku.

Aku berfikir lagi. Semakin lama benda tu semakin menghampir. Dekat lagi dan … YES! Apa punya banganglah kau ni. Abang Faiz kan dah bagitahu yang syarikat dah pindah ke tempat lain disebabkan hal-hal tertentu. Kenapalah aku boleh lupa benda-benda macam ni? Sekejap! Idea dah mai dah ni. Aha! Tempat tinggal abang.

“Apa kata kita pergi alamat ni?” Aku selongkar beg tanganku untuk mencari buku nota. Kalau tak silap aku ada menyimpan alamat rumat tersebut. Asal balik daripada Malaysia, memang kat sana aku tinggal. Rumahku dengan abang Faiz yang kami kongsi. Apabila aku melanjutkan pelajaran di luar negara, dia tinggal keseorangan.

“Baik cik. Silakan masuk. Nasib baik kali ni wujud tempat cik nak tuju tu.” Sempat lagi pak cik tu berseloroh. Aku dah gabra tahap kritikal ni, dia nak main-main pulak.

“Cik ni asal mana?” tanyanya memecah kesunyian antara kami.

            “Asal Sarawak,” ringkas saja jawapanku.

“Owh… Baru balik belajar dari luar negara ke?”

            “Ye, pak cik.”

            “Nama pak cik, Ali. Nama glamour Pak Ali. Anak nama apa?”

            “Saya Fika.”

            “Fika dah lama kat luar negara?”

            “Lama jugaklah.”

            “Bertuah mak bapak Fika. Dapat anak full package muslimah sejati. Tinggal kat negara orang pun tak perlu risau sebab anak mereka pandai jaga diri.”

“Lain je bunyinya, Pak Ali. Ada apa-apa ke?”

“Pak cik ni sebenarnya kesal dengan orang kita ni. Fika tengoklah daripada luar jendela tu. Cara berpakaian orang sekarang. Terdedah sana, terdedah sini. Habis semua orang tengok. Sedangkan orang putih pun taklah over macam tu.” Daripada kaca jendela ni dapat kulihat pakaian yang terdedah menjadi pilihan wanita sekarang.

                “Yelah pak cik. Sebelum pergi luar negara dulu, nampak juga orang macam ni. Tapi, tak teruk macam hari ni.” Dalam diam, aku juga menyetujui pendapat Pak Ali. Pemakaian sememangnya bukan faktor untuk kita menentukan baik buruk seseorang. Cuma, pakaian boleh melambangkan keperibadian diri.

Banyak betul aku borakkan dengan Pak Ali sepanjang perjalanan. Setibanya ke destinasi tersebut, dapat aku aksikan rumah banglo tiga tingkat yang tersergam indah. Rumah yang menjadi saksi kegilaan aku bersama abang a.k.a insan istimewa buatku ‘ketika ini’ tetapi tidak mengalahkan Allah Maha Pencipta, para rasul dan kedua ibu bapaku. Ops.. Tidak dilupakan abang dan kakak-kakakku yang tersayang. Insyaallah akan bertambah jika diizinkan tuhan untuk insan bernama suami.

Lama aku berdiri di hadapan pagar rumah ini. Pak Ali pula dah lama meninggalkan aku terpacak depan rumah ni. Aku keluarkan kunci pendua rumah di dalam beg tanganku. Kunci memang aku pegang siap-siap. Kata abang lebih baik aku simpan satu. Manalah tahu jika ada kecemasan berlaku. Perlahan-lahan aku buka kunci pagar. Masuk sajaku membawa bagasi, sunyi kurasakan rumah ini. ‘Tiada penghuni ke?’ getus hatiku.

“Assalamualaikum… Assalamualaikum…” Salam kuberikan kepada tuan rumah dengan harapan abang akan membuka pintu. Bolehlah suprisekan dia.

Aku ulangi salamku dan menekan punat loceng beberapa kali. Tak silap aku hari ni hari minggu. Takkan dia kerja kot. Atau mungkin outstation? Gugusan kunci pagar tadi aku keluarkan daripada poket. Huh! Satu lagi kunci muncul daripada gugusan itu aku halakan ke pintu. Yes! Berjaya juga aku melepasi halangan tak seberapa ni.

“Syukur Alhamdulillah.” Bersyukur aku pada Allah. Nasib baik abang tak tukar kunci pintu. Kalau tak haru aku nak menjadi pungguk rindukan bulan kat luar ni. Langkah kanan aku hayunkan dulu pabila memasuki rumah tersebut. Ikut sunnah nabi. Mulakan semua perkara daripada kanan sebelum kiri.
Masuk saja ke dalam rumah, mataku disapa dengan hiasan rumah. Masih sama dan tetap elegan dimataku. Pandai abang aku ni hias. Ruangan tamu pula cukup ringkas tapi tampak mewah seperti penghuninya. Berhampiran ruang tamu, terdapat sliding door menuju ke taman. Pelbagai jenis sayuran dan buahan ditanam. Aku dan abang amat meminati kerja sebegini sejak kecil. Hobi ini kami kongsi hinggalah dewasa. Di satu sudut, taman bunga untuk tatapan mata terasa segar dan wangi. Ada juga gazebo tersedia berhampiran dengan kolam renang.

Bagasi yang tertinggal di luar aku seret naik ke atas. Kali ini aku ingin melihat keadaan bilikku yang telah aku tinggalkan setahun lalu. Itupun singgah saja selepas pulang daripada kampung halaman untuk menghadiri kenduri kahwin Kak Lia, kakakku yang kedua. Abang sulungku, Ari dan kakakku yang pertama, Faz terlebih dahulu berkahwin. Masing-masing dikurniakan seorang anak lelaki yang lahir dalam bulan dan tahun yang sama. Aneh bukan. Abang Ari yang dahulunya mendirikan rumah tangga, tetapi mendapat cahaya mata dalam waktu yang sama dengan kak Faz walaupun kak Faz berkahwin dengan pilihan hati selepas dua tahun.

Pabila pintu bilikku dibuka, masih terasa aura yang aku tinggalkan setahun yang lalu. Duduk dibirai katil dan mengingati memori lama. Tempat aku dan abang membina kehidupan di bandar. Rumah ini diberi oleh orang yang setia membantu abang daripada abang memulakan empayar syarikatnya, FIFA Holding. Bunyinya macam berkaitan dengan bola sepak, tapi itu adalah gabungan nama kami. Syarikat ini bertapak sedikit demi sedikit sejak aku habis menamatkan pelajaran di tingkatan lima. Pertama kali bersama Fifa Holding, aku hanyalah pemerhati setia. Lama kelamaan aku turut ‘terjerumus’ dalam bidang ini secara tidak langsung. Ditambah lagi minatku amat mendalam dalm bidang perniagaan.

Azam kami berdua tinggi untuk mengapai cita-cita yang mustahil. Semenjak memulakan pengajian di benua Eropah, aku tetap memantau perjalanan syarikat daripada jauh. Skype merupakan penghubung utama aku dan abang untuk menyelesaikan masalah syarikat. Tugasku sebagai COO di syarikat itu tidak dilupakan meskipun aku bergelar pelajar.

Boleh saja kau melupakan pengajianku di sana dan meneruskan legasi yang kami bina. Tapi, melanjutkan pelajaran dalam bidang yang aku minati merupakan impianku. Lagipun, aku tidak ingin suatu hari nanti kewujudan kami sebagai pemimpin syarikat yang tidak mempunyai kelulusan tinggi akan dipertikai.
Lamunan terhenti apabila pintu rumah diketuk. Sebaik saja mandi, aku terus saja menyarung t-shirt lengan panjang rona hijau dan seluar sukan rona hitam. Tudung bawal aku sarungkan dikepala. Buka saja pintu, aku nampak seorang wanita yang cantik bergaya di muka pintu.

“Ye cik. Nak apa?” Soalku pada wanita ini. Kehairanan aku pabila dia melihat aku daripada atas hingga ke bawah.

“You siapa? Mak Mah mana?” Tanyanya padaku. Mak Mah memang aku kenali sejak mula menjejakkan kaki di rumah ini. Dia adalah pembantu rumah yang kami gaji menguruskan rumah ini.

“Saya tak tahu. Kalau boleh saya tahu kenapa cik cari Mak Mah?”

“I dah bagitahu Faiz yang I nak pinjam Mak Mah selama dia tak ada. Gaji dia bulan ni I bayar.” Aku fikir wanita jenis begini sombong sangat macam watak dalam movie tu. Rupanya wanita yang aku kenal di hadapan mata ni agak ramah tapi sedikit gediks.

“Dia pergi mana erk?” Oh no! Patutlah sunyi. Rupanya tak ada penghuni.

“Dia ada urusan di luar negara. Dua bulan lagi baru dia balik. Awak ni siapa? Macam mana awak boleh ada kat sini?”

“Saya sebenarnya …”

“You anak Mak Mah kan? You gantikan dia sepanjang dua bulan ni? Baguslah macam tu. Lagipun Mak Mah bukannya sihat sangat kebelakangan ini.” Cepat betul minah ni pangkas cakapku. Aku ni adik Faizlah!

“Cik … Saya … “

“Tak pa. I faham orang yang dah berumur macam Mak Mah perlukan banyak rehat. Beruntung dia ada anak solehah yang mahu membantunya. Tak payah rasa bersalah sangat. Jom.” Ajaknya. Mahu pergi mana lagi ni. Jet lag pun belum habis, dia sudah mai buat onar.

“Pergi mana?” perlahan suaraku lontarkan.

“Pergi rumah I. Kan I kata tadi nak pinjam orang gaji Faiz dua bulan. Jangan risau, you akan menetap di rumah I sehingga Faiz balik. Gaji you I yang bayar.” WHAT! Nak jadi orang gaji pulak. Kalau duit yang menjadi permasalahannya, aku tak kisah. Tapi, sanggup ke aku nak tinggal dalam rumah ni sorang-sorang. Bosannya…

“Apa lagi nak dimenungkan tu? Ambil bagasi you. I tunggu dalam kereta.” Ikut je lah minah ni. Dapat juga mengisi masa lapang dan menambah pendapatan. Lagi pula duit aku belum lagi ku tukar ke ringgit Malaysia.

“Kejap cik. Saya nak ambil bagasi saya dulu.” Nasib baik barang aku belum ku keluarkan daripada bagasi.

“Ok.” 

Tada...

Assalamualaikum,

      Alhamdulillah hari ini, wujudlah blog rasmi Suha yang terukir indah dengan nama 'Cahaya Nasuha". Ingin Suha katakan, Suha adalah seorang yang kuat berimaginasi. Kadang kala imiginasi Suha terlebih-lebih sampai tak tahu nak letak mana dah. Jadi blog ini akan memuatkan karya-karya tak seberapa Suha atau apa-apa saja yang terlintas di fikiran.  Harap ada yang sudi comment supaya boleh baiki lagi penulisan Suha. Sedap mata anda memandang, senang lagi hati yang merasa. 

Terima kasih...