Thursday 27 February 2014

Novel : Encik Serius, Pilihanku?





Hari ni Suha nak upload first novel. Entry post ni sikit je. Kalau ada masa, Suha akan edit lagi biar panjang. Ada apa-apa, just comment dekat kotak bawah tu. Buat masa ni enjoy dulu first entry Encik Serius, Pilihanku?


1


“Hello Malaysia!” Terjerit kecil aku apabila kapal terbang mengumumkan pesawat akan mendarat dalam beberapa minit lagi. Excited giler. Lama aku tidak menjejakkan kaki ke bumi kelahiran aku. Dari sini dapat ku lihat kepulan awan biru disinari dengan cahaya matahari menandakan pagi telah menjelang tiba.

“Maaf cik, pesawat telah mendarat. Silakan,” ujar pramugari tadi. Dengan penuh hemah dia tuturkan perkataannya sambil tersenyum melihat keadaan aku yang asyik dengan pemandangan di luar pesawat.

“Ok. Maaf sangat. Leka dengan benda lain sampai tak tahu pun pesawat dah mendarat.”

“Tak apa. Dah memang tugas kami. Silakan cik.”

Turun saja daripada pesawat, mata aku liarkan hingga tertancap pada bangunan-bangunan yang tersengam indah di depan mataku. Megah seketika menjadi warga Malaysia. Tidak dapat disangkal, Malaysia juga tersenarai dalam negara yang sedang membangun.

 Pada masa ini, matlamatku cuma satu iaitu ingin menemui seseorang yang aku kasihi. Siapa? Biarlah rahsia dahulu. Dengan bagasi yang sememangnya berat, aku halakan kakiku menuju ke teksi yang tersedia menunggu penumpangnya.

“Pak Cik, boleh hantar saya ke alamat ni tak?” Lelaki yang segak mengenakan pakaian rasmi pemandu teksi menghulurkan tangan tanda ingin melihat alamat yang aku hulurkan. Tergaru-garu kepalanya melihat alamat itu. Apa kes?

“Kenapa pak cik?”Hairan betul aku dengan perilakunya itu.

“Cik, tempat ni dah tak wujud.” Dalam riak yang serba salah dia katakan kenyataan itu kepadaku? Mana bisa? Ala-ala herion Indonesia. Aku berfikir seketika.

“Cik tak ada alamat lain ke?” Tanyanya lagi. Mungkin dia nampak keresahan yang terpanar daripada sinar mukaku.

Aku berfikir lagi. Semakin lama benda tu semakin menghampir. Dekat lagi dan … YES! Apa punya banganglah kau ni. Abang Faiz kan dah bagitahu yang syarikat dah pindah ke tempat lain disebabkan hal-hal tertentu. Kenapalah aku boleh lupa benda-benda macam ni? Sekejap! Idea dah mai dah ni. Aha! Tempat tinggal abang.

“Apa kata kita pergi alamat ni?” Aku selongkar beg tanganku untuk mencari buku nota. Kalau tak silap aku ada menyimpan alamat rumat tersebut. Asal balik daripada Malaysia, memang kat sana aku tinggal. Rumahku dengan abang Faiz yang kami kongsi. Apabila aku melanjutkan pelajaran di luar negara, dia tinggal keseorangan.

“Baik cik. Silakan masuk. Nasib baik kali ni wujud tempat cik nak tuju tu.” Sempat lagi pak cik tu berseloroh. Aku dah gabra tahap kritikal ni, dia nak main-main pulak.

“Cik ni asal mana?” tanyanya memecah kesunyian antara kami.

            “Asal Sarawak,” ringkas saja jawapanku.

“Owh… Baru balik belajar dari luar negara ke?”

            “Ye, pak cik.”

            “Nama pak cik, Ali. Nama glamour Pak Ali. Anak nama apa?”

            “Saya Fika.”

            “Fika dah lama kat luar negara?”

            “Lama jugaklah.”

            “Bertuah mak bapak Fika. Dapat anak full package muslimah sejati. Tinggal kat negara orang pun tak perlu risau sebab anak mereka pandai jaga diri.”

“Lain je bunyinya, Pak Ali. Ada apa-apa ke?”

“Pak cik ni sebenarnya kesal dengan orang kita ni. Fika tengoklah daripada luar jendela tu. Cara berpakaian orang sekarang. Terdedah sana, terdedah sini. Habis semua orang tengok. Sedangkan orang putih pun taklah over macam tu.” Daripada kaca jendela ni dapat kulihat pakaian yang terdedah menjadi pilihan wanita sekarang.

                “Yelah pak cik. Sebelum pergi luar negara dulu, nampak juga orang macam ni. Tapi, tak teruk macam hari ni.” Dalam diam, aku juga menyetujui pendapat Pak Ali. Pemakaian sememangnya bukan faktor untuk kita menentukan baik buruk seseorang. Cuma, pakaian boleh melambangkan keperibadian diri.

Banyak betul aku borakkan dengan Pak Ali sepanjang perjalanan. Setibanya ke destinasi tersebut, dapat aku aksikan rumah banglo tiga tingkat yang tersergam indah. Rumah yang menjadi saksi kegilaan aku bersama abang a.k.a insan istimewa buatku ‘ketika ini’ tetapi tidak mengalahkan Allah Maha Pencipta, para rasul dan kedua ibu bapaku. Ops.. Tidak dilupakan abang dan kakak-kakakku yang tersayang. Insyaallah akan bertambah jika diizinkan tuhan untuk insan bernama suami.

Lama aku berdiri di hadapan pagar rumah ini. Pak Ali pula dah lama meninggalkan aku terpacak depan rumah ni. Aku keluarkan kunci pendua rumah di dalam beg tanganku. Kunci memang aku pegang siap-siap. Kata abang lebih baik aku simpan satu. Manalah tahu jika ada kecemasan berlaku. Perlahan-lahan aku buka kunci pagar. Masuk sajaku membawa bagasi, sunyi kurasakan rumah ini. ‘Tiada penghuni ke?’ getus hatiku.

“Assalamualaikum… Assalamualaikum…” Salam kuberikan kepada tuan rumah dengan harapan abang akan membuka pintu. Bolehlah suprisekan dia.

Aku ulangi salamku dan menekan punat loceng beberapa kali. Tak silap aku hari ni hari minggu. Takkan dia kerja kot. Atau mungkin outstation? Gugusan kunci pagar tadi aku keluarkan daripada poket. Huh! Satu lagi kunci muncul daripada gugusan itu aku halakan ke pintu. Yes! Berjaya juga aku melepasi halangan tak seberapa ni.

“Syukur Alhamdulillah.” Bersyukur aku pada Allah. Nasib baik abang tak tukar kunci pintu. Kalau tak haru aku nak menjadi pungguk rindukan bulan kat luar ni. Langkah kanan aku hayunkan dulu pabila memasuki rumah tersebut. Ikut sunnah nabi. Mulakan semua perkara daripada kanan sebelum kiri.
Masuk saja ke dalam rumah, mataku disapa dengan hiasan rumah. Masih sama dan tetap elegan dimataku. Pandai abang aku ni hias. Ruangan tamu pula cukup ringkas tapi tampak mewah seperti penghuninya. Berhampiran ruang tamu, terdapat sliding door menuju ke taman. Pelbagai jenis sayuran dan buahan ditanam. Aku dan abang amat meminati kerja sebegini sejak kecil. Hobi ini kami kongsi hinggalah dewasa. Di satu sudut, taman bunga untuk tatapan mata terasa segar dan wangi. Ada juga gazebo tersedia berhampiran dengan kolam renang.

Bagasi yang tertinggal di luar aku seret naik ke atas. Kali ini aku ingin melihat keadaan bilikku yang telah aku tinggalkan setahun lalu. Itupun singgah saja selepas pulang daripada kampung halaman untuk menghadiri kenduri kahwin Kak Lia, kakakku yang kedua. Abang sulungku, Ari dan kakakku yang pertama, Faz terlebih dahulu berkahwin. Masing-masing dikurniakan seorang anak lelaki yang lahir dalam bulan dan tahun yang sama. Aneh bukan. Abang Ari yang dahulunya mendirikan rumah tangga, tetapi mendapat cahaya mata dalam waktu yang sama dengan kak Faz walaupun kak Faz berkahwin dengan pilihan hati selepas dua tahun.

Pabila pintu bilikku dibuka, masih terasa aura yang aku tinggalkan setahun yang lalu. Duduk dibirai katil dan mengingati memori lama. Tempat aku dan abang membina kehidupan di bandar. Rumah ini diberi oleh orang yang setia membantu abang daripada abang memulakan empayar syarikatnya, FIFA Holding. Bunyinya macam berkaitan dengan bola sepak, tapi itu adalah gabungan nama kami. Syarikat ini bertapak sedikit demi sedikit sejak aku habis menamatkan pelajaran di tingkatan lima. Pertama kali bersama Fifa Holding, aku hanyalah pemerhati setia. Lama kelamaan aku turut ‘terjerumus’ dalam bidang ini secara tidak langsung. Ditambah lagi minatku amat mendalam dalm bidang perniagaan.

Azam kami berdua tinggi untuk mengapai cita-cita yang mustahil. Semenjak memulakan pengajian di benua Eropah, aku tetap memantau perjalanan syarikat daripada jauh. Skype merupakan penghubung utama aku dan abang untuk menyelesaikan masalah syarikat. Tugasku sebagai COO di syarikat itu tidak dilupakan meskipun aku bergelar pelajar.

Boleh saja kau melupakan pengajianku di sana dan meneruskan legasi yang kami bina. Tapi, melanjutkan pelajaran dalam bidang yang aku minati merupakan impianku. Lagipun, aku tidak ingin suatu hari nanti kewujudan kami sebagai pemimpin syarikat yang tidak mempunyai kelulusan tinggi akan dipertikai.
Lamunan terhenti apabila pintu rumah diketuk. Sebaik saja mandi, aku terus saja menyarung t-shirt lengan panjang rona hijau dan seluar sukan rona hitam. Tudung bawal aku sarungkan dikepala. Buka saja pintu, aku nampak seorang wanita yang cantik bergaya di muka pintu.

“Ye cik. Nak apa?” Soalku pada wanita ini. Kehairanan aku pabila dia melihat aku daripada atas hingga ke bawah.

“You siapa? Mak Mah mana?” Tanyanya padaku. Mak Mah memang aku kenali sejak mula menjejakkan kaki di rumah ini. Dia adalah pembantu rumah yang kami gaji menguruskan rumah ini.

“Saya tak tahu. Kalau boleh saya tahu kenapa cik cari Mak Mah?”

“I dah bagitahu Faiz yang I nak pinjam Mak Mah selama dia tak ada. Gaji dia bulan ni I bayar.” Aku fikir wanita jenis begini sombong sangat macam watak dalam movie tu. Rupanya wanita yang aku kenal di hadapan mata ni agak ramah tapi sedikit gediks.

“Dia pergi mana erk?” Oh no! Patutlah sunyi. Rupanya tak ada penghuni.

“Dia ada urusan di luar negara. Dua bulan lagi baru dia balik. Awak ni siapa? Macam mana awak boleh ada kat sini?”

“Saya sebenarnya …”

“You anak Mak Mah kan? You gantikan dia sepanjang dua bulan ni? Baguslah macam tu. Lagipun Mak Mah bukannya sihat sangat kebelakangan ini.” Cepat betul minah ni pangkas cakapku. Aku ni adik Faizlah!

“Cik … Saya … “

“Tak pa. I faham orang yang dah berumur macam Mak Mah perlukan banyak rehat. Beruntung dia ada anak solehah yang mahu membantunya. Tak payah rasa bersalah sangat. Jom.” Ajaknya. Mahu pergi mana lagi ni. Jet lag pun belum habis, dia sudah mai buat onar.

“Pergi mana?” perlahan suaraku lontarkan.

“Pergi rumah I. Kan I kata tadi nak pinjam orang gaji Faiz dua bulan. Jangan risau, you akan menetap di rumah I sehingga Faiz balik. Gaji you I yang bayar.” WHAT! Nak jadi orang gaji pulak. Kalau duit yang menjadi permasalahannya, aku tak kisah. Tapi, sanggup ke aku nak tinggal dalam rumah ni sorang-sorang. Bosannya…

“Apa lagi nak dimenungkan tu? Ambil bagasi you. I tunggu dalam kereta.” Ikut je lah minah ni. Dapat juga mengisi masa lapang dan menambah pendapatan. Lagi pula duit aku belum lagi ku tukar ke ringgit Malaysia.

“Kejap cik. Saya nak ambil bagasi saya dulu.” Nasib baik barang aku belum ku keluarkan daripada bagasi.

“Ok.” 

No comments:

Post a Comment